Wednesday, October 29, 2008
Susah nk cari org camni...
Hari itu-selepas seminggu beraya dikampung, saya pulang ke K.Lumpur.Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertamayang saya lintas ialah Teluk Intan.Terasa mengantuk, saya singgah sebentar disebuah restoran di pinggir pekanitu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebihkurang 12 tahun muncul dihadapan.'Abang nak beli kuih ?' Katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelakdaun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya. "Tak apalah dik abgdah pesan makanan," jawap saya ringkas.Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain,sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitusaja."Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasamenghampiri meja saya. "Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni,"kata saya sambil menepuk-nepuk perut.Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai disitu, di meletakkanbakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuihsaya bang.. Pak cik... kakak atau makcik." Molek budi bahasanya !Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnyabertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihatisaya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha.Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orangyang ditemuinya enggan membeli kuihnya. Selepas membayar harga makanan danminuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat beradaagak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu , membetulkan dudukdan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadiberdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman.Saya turunkan cermin, membalas senyumanya. Saya lihat umurnya lebih kurang12 tahun. "Abg dah kenyang, tapi mungkin abg perlukan kuih saya untukadik-adik abang, ibu atau ayah abang. katanya petah sekali sambiltersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelakdaun pisang penutupnya.Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian dihati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10.Saya hulurkan padanya. " Ambil ni dik! Abang sedekah... tak payah abangbeli kuih tu" saya berkata ikhlas kerana perasaan kesian meningkatmendadak.Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasihterus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapatmembantunya.Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnyasaya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itukepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanakitu. "Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya. "Kenapa adik berikan duitabg tadi pada pengemis tu ? Duit tu abg bagi adik!" kata saya tanpamenjawap pertanyaannya."Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu sayamengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikantulang empat kerat pada saya. "Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itupulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemiskerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitulancar.Saya sebak, sekali gus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpabanyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu."Abg nak beli semua ke?" dia bertanya dan saya cuma ngangguk. Lidah sayakelu nak berkata. "RM25 saja bang.....! Selepas dia memasukkan satupersatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terimakasih dan terus berlalu.Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan keK.Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim kah ??Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya ?? Terus terang sayakatakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasakagum dengan sikapnya yang dapt menjadikan kerjayanya satu penghormatan.Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya,siapa kita sebenarnya !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
i luv dis story a lot :)
ReplyDelete